Bero Coffee Singapore mewakili Neumann Kaffee Gruppe di Asia dan Oceania kecuali di Jepun dan Korea. Negara-negara ini merupakan antara pasaran kopi yang dinamik dan kian pesat berkembang di dunia. Bero Coffee Singapore juga merupakan ahli Neumann Kaffee Gruppe dan ejen penjualan yang eksklusif dalam pasaran-pasaran tersebut.
Ditubuhkan pada tahun 1992, Bero Coffee Singapore telah melabur secara berterusan di pasaran-pasaran kopi Asia dan Oceania. Bero Coffee Singapore akan terus melabur dalam peningkatan kemahiran kakitangan dan pengetahuan tentang dunia pemasaran.
Tujuan kami ialah untuk menyediakan pelanggan-pelanggan nilai bagi setiap pembelian kopi. Bero Coffee Singapore juga mempunyai pengetahuan dan kemahiran tempatan yang memberikan kelebihan dalam perkhidmatannya. Dengan adanya kakitangan-kakitangan yang fasih berbahasa Inggeris, Cina dan Melayu, Bero Coffee Singapore mampu memupuk hubungan perniagaan yang erat di samping memudahkan pemahaman dan komunikasi antara kumpulan-kumpulan syarikat dengan pelanggan Bero Coffee.
|
|
|
 |
|
|
|
|
|
Bero Coffee Singapore Pte Ltd
9 Shenton Way, #03-06 068813 Singapore
Singapore
Tel: +65 6221 6991
Fax: +65 6221 4383
E-mail: trading@berocoffee.com.sg
|
|
|
|