06 Jan 2009 16:17
 

Home
About Us
Services
Kopi Hijau
Kopi Larut
Kopi Istimewa
Hubungi
The Group
 
Tentang Kami  
   
Pasaran di Asia semakin berkembang dan seringkali berhadapan dengan pelbagai perubahan. Sebagai sebuah syarikat yang dinamik dalam suasana kesedaran kos tinggi, kami juga perlu berkembang dan berubah. Maka itu, syarikat kami mempraktikkan kecekapan kos dan dalam masa yang sama menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan yang diharapkan para pelanggan kami.

Memandangkan Neumann Kaffee Gruppe memberikan tumpuan utama kepada kopi, Bero Coffee Singapore mampu menyediakan maklumat pasaran kopi yang terbaik dan banjaran produk-produk kopi yang luas serta perkhidmatan-perkhidmatan bermutu untuk para pelanggan kami. Kami mewakili minat para peniaga dan pengeksport di hampir setiap negara yang menghasilkan kopi.

Bero Coffee Singapore dapat dibezakan dalam pasaran melalui mutu dan perkhidmatannya. Kami memberi tumpuan kepada kehendak para pelanggan dan akan terus menyediakan layanan dan sokongan yang terbaik.

Kami sedar bahawa kepercayaan dan keyakinan pelanggan merupakan kunci kemajuan perniagaan. Maka itu, kami memberikan komitmen sepenuhnya dalam membangunkan hubungan dengan para pelanggan kami melalui komunikasi secara berterusan, memberikan sokongan padu, berbalas-balas maklumat dan memahami kehendak para pelanggan kami.